Perang Akhir Zaman di Syria

Perang Akhir Zaman di Syria

Perang Akhir Zaman di Syria

Kita umat Islam digembarkan baru-baru ini apabila Aleppo sebuah bandar yang terletak di Syria telah dibom oleh tentera Basyar keatas orang awam. Namun segalanya sekadar menjadi tontonan semata kerana tiada berita ataupun khabar mengenai kejadian ini terutamanya di media massa dunia.

Mungkin kerana ianya adalah negara orang Islam, jadi abaikan jela, begitu? Sedangkan apabila Perancis dan Belgium di bom, ramai yang mengucapkan pray for buat mereka, ada tu siap tukar DP Facebook lagi, tapi apabila Syria, semua membutakan mata dan memekakkan telinga.

Namun begitu, tahukah kita yang sebenarnya berperangan yang berlaku di bumi Syria juga sebenarnya merupakan pengakhiran buat dunia ini.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sohihnya dari Abu Hurairah R.A
Telah bersabda Rasulullah SAW.: ” Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat ALEPPO, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadapi mereka dari Madinah, yang mana mereka pada waktu itu adalah manusia-manusia terbaik di bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris (siap untuk berperang), maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah kami membuat perhitungan dengan saudara-saudara kami yang telah ditawan untuk kami bunuh mereka. (maksud mereka kaum Rom yang telah masuk Islam setelah ditawan). Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.”

Dalam hadis Rasulullah saw. Bersabda bahawa : “Pusat kepimpinan kaum Muslimin pada hari ‘Pertempuran yang paling besar’ adalah di Ghuthah yang terdapat padanya suatu kota bernama Damsyik, yang mana ia adalah negeri kaum Muslimin yang terbaik ketika itu.”
[Hadis sohih Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim]

Dalam hadis lain diterangkan peperangan yang dahsyat antara kaum Muslimin dengan kaum Rom yang namakan oleh Rasulullah saw. dengan “pertempuran paling besar” (Al-Malhamah Al-Kubra) akan berlaku di Syria dekat Kota Damankus (Damsyik), iaitu di suatu tempat yang bernama Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat ALEPPO, Syria) dan di situlah dikatakan pusat kepimpinan Al-Mahdi, iaitu Ghuthah, dekat Damsyik (Syria)

Petikan dari “Peperangan Dunia 3 Telah Bermula”.

Sumber

1,366 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Perang Akhir Zaman di Syria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.