Ranking Terkini Harimau Malaysia

Ranking Terkini Harimau Malaysia

images

Ranking terbaharu Harimau Malaysia semakin menghampiri angka 200. Itulah yang boleh diperkatakan ramai penyokong bola sepak Malaysia apabila ranking terbaharu ini  diumumkan oleh FIFA semalam.

Selepas skuad kebangsaan melalui dua perlawanan antarabangsa iaitu menentang Arab Saudi di Kelayakan Piala Dunia/Asia dan perlawanan persahabatan menentang pasukan Macau dalam aksi persahabatan ternyata tidak memberikan apa-apa makna di dalam ranking Malaysia.

Pasukan Bola Sepak negara kita jatuh 8 anak tangga berbanding bulan lalu iaitu menjerumus ke ranking 174 berbanding 166 sebelum ini.

FB_IMG_1460070106877

Yang paling tak boleh nak terima dek akal nie, Timur Leste yang merupakan pasukan belasahan suatu masa dulu berada satu tangga di bawah iaitu di ranking 175. Tak panas ke tengok keadaan apa yang berlaku sekarang?

Ternyata tiada apa-qpa perubahan yang dibawa FAM selain perubahan nama skuad kebangsaan daripada harimau malaya kepada harimau Malaysia yang ternyata tidak memberikan apa-apa makna masa kini.

Agak-agaklah pengurusan atas tu nak buat apa-apa tindakan tak untuk membangkitkan kembali ranking skuad kebangsaan? Ke nak tunggu TMJ untuk melakukan sesuatu. Ayuh bangun FAM, usahlah dibuai mimpi. Sedarlah sebelum ada penyokong mengambil tindakan terhadap anda. Takkan nak tunggu sehingga parah ranking baharu nak ambil tindakan?


2,034 total views, 2 views today

5 Replies to “Ranking Terkini Harimau Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This