Pendiam, Bukan Bermakna Sombong

Pendiam, Bukan Bermakna Sombong

Aku hanyalah seorang yang pendiam tapi ianya tidaklah membawa erti yang aku hanyalah seorang yang sombong.

FB_IMG_1458086760651

Memang aku akui, aku lebih selesa mendiamkan diri, mendengar setiap bait-bait kata yang keluar daripada mulut orang lain setiap kali mereka berbual.

Aku ingin mencelah sepatah dua, tapi mulut ini umpama ada berlian di dalamnya dan terasa berat untuk memutirkan secebis ayat.

Adakalanya memang aku nie kerap dengan smartphone kecilku, sampaikan ada yang mungkin merasakan aku anti sosial. Walhal kadangkala aku menyibukan diri dengan smartphone hanya untuk mengurangkan rasa kekok di hadapan kawan-kawan.

Aku memang seorang pendiam, diam dan terus diam. Tapi aku bukanlah seorang yang sombong, tak caya cubalah tegur aku. Pasti akan ada keramahan di dalamnya walaupun mungkin engkau yang terpaksa banyak berkata-kata.

Maka, ingin ku bertanyakan lagi, adakah seorang pendiam itu sombong? Ataupun sebaliknya. Andai kita kenal mereka pasti tanggapan kita akan berbeza.

3,536 total views, 4 views today

8 Replies to “Pendiam, Bukan Bermakna Sombong”

  1. Betul la. Jgn sesuka ati label org pendiam.. hehe. Mcm sy mmg bukan jenis pendiam. Tp kdg bila bawa org cerita, org tu pula diam angguk je. Jadi terpaksa juga sy jd pendiam seketika.
    sy selalu diam bila sy marah je la

  2. Saya laaaaaaaagi la pendiam..aii ape la nasib sy nanti it asrama ni.. I will be awkward.. *bunyi burung merak..
    ARK~Ark~Ark (T.T)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This