NS Kekalkan Momentum Kemenangan

Negeri Sembilan (NS) meneruskan Momentum kemenangan apabila berjaya mencatatkan kemenangan mengatasi pasukan PKNS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

FB_IMG_1460159825382

Namun begitu, NS terpaksa berhempas pulas sebelum mencatatkan kemenangan di dalam aksi ke 7 Liga Premier ini walaupun mereka mendahului 3-0 pada babak pertama.

Negeri Sembilan berada di hadapan pada minit ke 10 apabila pemain pelawat Juan Manuel Corbelli yang tersilap langkah apabila menguis ke belakang ketika cuba menghalang Taylor Regan.

FB_IMG_1460159831238

Sabri Sahar melebarkan jurang jaringan selepas meletakkan Negeri Sembilan lebih selesa di depan melalui rembatan leret pada minit ke-34, berpunca daripada kegagalan penjaga gol lawan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ketika menghalang sepakan Joel Chianese.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan semakin mengganas apabila Joel Chianese menjaringkan gol ketiga melalui gerakan solo untuk menewaskan G Jeevanathan di pintu gawang selepas bijak memperdaya benteng pertahanan pelawat.

Tatkala keputusan tampak seakan berpihak kepada tuan rumah, PKNS FC pula membuat kebangkitan untuk mencipta jaringan pada minit ke-68 dan 72.

S.Thinagaran menjaringkan gol menerusi tandukan yang berpunca daripada sepakan sudut, manakala rembatan kencang Gabriel Guerra dari jarak jauh hanya mampu diperhatikan barisan pertahanan Skuad Jang.

Tidak ingin kecewa di laman sendiri, anak buah Gary Michael Phillips menggandakan asakan dan berhasil menambah jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Andrew Nabbout pada minit ke-76.

Namun begitu, semangat pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan semut merah tu tidak luntur semangat dan hasilnya berjaya merapatkan jurang selepas memperoleh sepakan penalti yang disudahkan Gabriel Guerra.

Namun segala-galanya sudah terlambat buat pasukan PKNS sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata tidak kesampaian yang akhirnya memberikan kemenangan kepada Negeri Sembilan 4-3.

FB_IMG_1460163254307

1,109 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.