Kopi Lambak Ara Damansara

Biji kopi

Kopi merupakan minuman yang menjadi pilihan utama bagi pengemarnya. Ada yang hantu kopi nie, adakalanya sehari kalau tak perkena kopi terasa tak lengkap je hari mereka. Dan ana juga merupakan salah seorang yang gila akan kopi cuma belum sampai tahap hantu lah.

Kopi Lambak Kopi Hipster

IMG-20160326-WA0005-01

Pertengahan tahun 2015, begitu banyak kopi hipster yang kita dengar naik mendadak. Antara kawasan yang menjadi pencetus kenaikan kopi hipster ini adalah di Shah Alam. Lebih kurang 10 jenama kita dapat lihat di sekitar Shah Alam. Dan rasanya di Ara Damansara nie yang pertama seumpamanya muncul di sini.

Minat Gila Kopi Maka Jadilah Kopi Lambak

IMG-20160322-WA0014-01
Antara flavour yang menjadi pihan pelanggan kopi lambak

Disebabkan minat gila dan mendalam terhadap kopi hipster dan kopi tradisional yang membuatkan ana tergerak hati untuk membuka stall kecil di Pusat Dagangan NZX dengan jenama Kopi Lambak.

Untuk permulaan ini sebanyak 11 flavour yang boleh menjadi pilihan buat mereka para pengemar kopi ini. Antara flavour yang terdapat di stall kitaorang adalah Capuccino, latte, mocha, hazelnut, Tiramisu, Expresso manakala bagi yang tidak gemar kopi korang boleh cuba perisa strawberi, vanilla, green tea, milk tea dan Dark Chocolate.

Harga Kopi Lambak

IMG-20160327-WA0003

Harga bagi segelas besar kopi ini adalah RM5 tidak kiralah korang memilih untuk mix ataupun biasa kerana harga adalah sama.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kopi lambak di Ara Damansara ini korang bolehlah datang ke stall kitaorang yang buka hari isnin hingga jumaat jam 6 petang hingga 11 malam ataupun hari sabtu dari 11 pagi hingga 11 malam di hadapan Speedmart sebelah Burger Otai di Pusat Dagangan NZX Ara Damansara. Jom support Kopi Lambak Ara Damansara.

1,671 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

6 thoughts on “Kopi Lambak Ara Damansara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.