Berbaloi Ke Beli Jersi Ori

Jersi ori, jersi gred A, gred AA, gred AAA dan jersi Padang Besar begitu sinonim dengan sebilangan majoriti peminat bola sepak yang berada di Malaysia. Setiap daripada mereka mempunyai pilihan untuk mengayakan jersi jenis apa yang mereka inginkan bagi menyokong pasukan kesayangan mereka.

Jersi Liga Premier 2016

Bukan beza sangat pun ori dengan yang biasa

Memang pada mata kasar kebiasaanya jersi ori dan jersi Gred AAA hampir 80% mempunyai kesamaan yang sama. Ini bermakna mungkin ada yang yang tak perasan sebenarnya korang bukan pakai jersi ori. Tapi sebenarnya banyak ketaranya dari segi kain baju dan juga kualiti jersi tersebut.

Kalau Liga EPL takpe Lah Ori

Kebanyakan mentaliti rakyat Malaysia kursusnya merasakan berbaloi membeli jersi liga luar negara seperti EPL ataupun “English Premier League” sahaja yang berbaloi jika beli ori kerana pemainan dan pasukan sana lebih hebat berbanding dengan kelab-kelab di Malaysia ini.

Tapi kenapa perlu beli jersi ori Liga Malaysia

Jersi Negeri Sembilan

Sebab utamanya senang sahaja, jika betul sayangkan pasukan, kita kenalah memberikan suatu sumbangan kepada pasukan iaitu sumbangan daripada setiap pembelian jersi pasukan. Ini kerana daripada setiap pembelian jersi juga mampu memberikan pulangan kewangan kepada pasukan daripada penaja.

Jadi berbaloi ke beli jersi ori ataupun tidak itu terpulanglah kepada individu masing-masing. Sayang pasukan ap salahnya setahun sekali beli jersi ori pasukan liga Malaysia. Yang EPL dan seumpama denganya tak payah beli ori pun tak apa sebab mereka kat sana mana ada jersi Fake seperti di Malaysia.

1,540 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.