Awayday Larkin Penuh je, Awayday Lain takkan ke Laut Kot

Awayday Larkin Penuh je, Awayday Lain takkan ke Laut Kot

Awayday

Aku bukanlah si kaki awayday. Aku tak pernah pun join mana-mana awayday. Sebab bagi aku Paroi adalah awayday aku walaupun mereka beraksi sebagai tuan rumah. Dan itulah pencapaian paling hebat aku sebagai penyokong.

Aku respek melihat ramai yang turut serta bersama-sama menyokong pasukan apabila melibatkan permainan di tempat lawan. Sudah semestinya paling seronok adalah para pemain pasukan yang kita sokong tu, sebabnya mereka tau ada yang menyokong mereka setiap kali mereka beraksi tak kiralah home ke ataupun awayday.

Tapi kadang-kadang aku naik hairan. Apabila beraksi di Larkin, pasti ramai yang berebut-rebut mengisi nama untuk ke sana. Tapi apabila beraksi di tempat lain rasanya tak adalah seramai macam nie. Betulkan aku kalau aku salah, sebab aku tak pergi awayday lain. Aku cuma pergi awayday di Paroi dan Home di sekitar Lembah Klang je.

Rasanya bukan penyokong pasukan kesayangan aku je macam tu, tapi pasukan lain pun penyokong diaorang pun macam tu juga aku rasa, ke aku sorang je yang rasa. Korang semua tak rasa ke apa yang aku rasakan nie, apalah aku merepek dah nie.

Tapi rasanya alangkah indahnya jika pasukan beraksi di tempat lain pun ramai seperti mereka yang ke Larkin, Nak cakap tempat lain jauh, takkan ke Larkin boleh tempat lain tak boleh kot? Kalau cakap hari kerja, main kat Larkin pun hari kerja kot. Boleh je tengok.

Pape pun kerana koranglah pasukan boleh maju, kerana koranglah pemain beraksi separuh mati. Apa kata lepas nie korang buktikan awayday tempat lain pun korang semua boleh turun seperti mana korang turun ke Larkin. Pasti gempak habis kot.

Jangan kecam aku sudahlah. Sekadar pandangan je. Hahaha

P/s : Jom ke Selayang kita esok, Negeri Sembilan menentang Sime Darby.

1,459 total views, 3 views today

2 Replies to “Awayday Larkin Penuh je, Awayday Lain takkan ke Laut Kot”

    1. Awayday nie kiranya team bola sepak kita beraksi ditempat lawan..biasanya ultras akan gunakan perkataan nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This