2 Kerja : Penat vs Kepuasan

2 Kerja : Penat vs Kepuasan

2 kerja kerja keras

Pada zaman kini, membuat satu perkerjaan pasti tidak cukup bagi individu bujang ataupun yang telah berkahwin kerana kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Jadi disebabkan itu ramai yang memilih untuk membuat 2 perkerjaan dalam satu masa. Sama ada membuat part time kerja ataupun membuka bisnes sendiri secara part time.

Ana juga merupakan salah seorang yang menghadapi situasi ini. Dan ana juga membuat 2 perkerjaan dalam satu masa iaitu di sebelah pagi ana akan berkerja di pejabat dan pada sebelah malamnya ana akan fokus kepada bisnes kopi lambak ana.

Tapi pasti akan ada persoalan yang terbit di dalam hati orang lain, tak penat ke buat 2 kerja? Sedangkan buat satu kerja pun dah agak letih. Memang ana akui agak letih, dan keletihan ini hanya yang pernah merasainya akan tahu.Tapi kepenatan nie sebenarnya boleh dibalas dengan sebuah kepuasan.

Macam mana pulak boleh dapat kepuasan dengan buat 2 kerja? Jawapan ana senang je, kita berkerja dengan ikhlas kerana itulah kunci sebuah kepuasan. Dan apabila kita puas pasti keletihan yang ada di badan nie dapat dibentung.

Dan yang paling penting apabila buat 2 perkerjaan dalam satu masa, jangan lupa untuk meluangkan mass bersama dengan keluarga tercinta kerana keberkatan dan kemurahan rezeki juga berpunca daripada keluarga kita.

431 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This