Selamat Tinggal Stadium

Selamat Tinggal Stadium

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Hari ini adalah hari perlawanan bola sepak. Dan seperti kebiasaan setiap kali ada perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangan, aku akan cuba sedaya upaya pastikan tiada alasan untuk bersama mereka memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Selalunya, pasti akan ada kawan-kawan yang akan mesej personal menanyakan minggu nie jadi ke nak turun stadium. Misalnya semalam ada seorang member yang selalu akan ride bersama ana ke stadium bertanyakan ana akan turun tak ke Stadium Hang Jebat yang mana akan ada perlawanan persahabatan membabitkan Pasukan Malaysia dan Macau.

Jika selalu, ana akan cakap ya, aku on je untuk ke stadium. Tapi kini mungkin aku terpaksa melupakan hasrat tersebut buat seketika waktu. Bukanlah hendak mencari secebis alasan. Tetapi kini aku kena memikirkan urusan bisnes kopi lambak aku. Lagipun siapa yang nak jaga stall kecil aku tu kalau bukan aku. Nak upah orang memang tak cukup modal lah jawabnya.

Tapi sebenarnya aku respek gila dengan sahabat-sahabat aku yang sanggup berjalan jauh, menghabiskan wang ringgit, menghabiskan masa di jalanan demi menyokong pasukan kesayangan. Kalau tak ada mereka-mereka nie, rasanya tak meriahlah sesuatu perlawanan bola sepak tu.

Tapi adakah aku akan terus melupakan hasrat ke stadium selepas ini? Mungkin ya, mungkin tidak kerana hati aku sentiasa ada untuk ke stadium.

1,752 total views, 2 views today

6 Replies to “Selamat Tinggal Stadium”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This