Salah Ke Aku Ke Stadium

maxresdefault

Gambar sekadar hiasan

Aku adalah seorang anak muda yang berkelana di ibu kota. Dan merupakan salah seorang penyokong fanatik sebuah pasukan yang beraksi di Liga Premier 2016.

Dan hobi aku seperti kebiasaanya, apabila pasukan kesayangan aku beraksi pasti aku akan cuba untuk turun. Dan pasukan kesayangan aku adalah pasukan Negeri Sembilan. Dan sudah semestinya akan beraksi sebagai tuan rumah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Salah Ke Aku Ke Stadium

Pasukan kesayangan aku nie hanyalah beraksi di Liga Premier, yakni liga division kedua je la bagi sesetengah penyokong bola sepak Malaysia. Dan seperti ramai yang tahu pasukan Negeri Sembilan hanyalah beraksi pada hari Jumaat dan Isnin.

Dan apabila habis waktu berkerja aku akan cuba untuk terus berangkat ke Stadium. Dan pasti yang ramai mula berbunyi, gilalah ko, pasukan negeri je pun yang main. Belum tentu menang lagi. Buat penat je la. Ada tu siap cakap lagi. Alaaa main liga bawah je, tak payahlah pergi.

Beza Ke TV Dengan Stadium, Sama Je Kan?

Yang nie pun satu juga, ramai yang cakap, buat apa nak ke stadium, kan ada Siaran Langsung, lagi clear tengok. Memanglah sama je, tengok bola juga kan? Tapi ada satu kelainan apabila menonton di Stadium dan TV. Suasana dan kemeriahannya memang lain. Aura semangat pun lain. Tak caya, cuba turun stadium.

Tapi itulah ramai rasanya perlu tengok cerita ola bola. Sebab apa? Cuba tengok slogan kita menang bersama-sama, kita kalah bersama-sama. Apakah maksudnya? Takkanlah waktu menang kita baru nak bersorak bersama, bila kalah? Terus tak sokong?

Biarlah menyokong saat dan tika pasukan kita lemah, tak ada apa-apa, kerana apabila pasukan mencapai kejayaan pasti akan terasa kemanisannya. Ayuh Nogori.. buktikan sokongan anda, tanpa kita siapalah akan menyokong pasukan kita? Cari jalan, bukanya alasan.

920 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.