Ucapan Harian Dalam Bahasa Jepun

IMG_20160128_065857
Terdetik pula pagi ini untuk berbicara mengenai bahasa Jepun di dalam blog ini. Mana tidaknya rata-rata carian ke dalam blog anazarin.com ini ramai yang mencari makna-makna bahasa Jepun yang asas seperti selamat pagi dan terima kasih.
Jadi disebabkan ana nie bukanlah seorang yang hebat dalam bahasa Jepun, ana akan ajarkan 13 perkataan yang ana tahu dan ianya merupakan ucapan harian dalam bahasa Jepun. Kalau nak tahu lebih tu kenalah pergi ke kelas.
Antara bahasa Jepun yang ana tahu adalah :
1.Arigatou gozaimasu ( ありがとうございます )
~ Terima kasih / Thank You
Ungkapan ni rasanya semua orang tahu yang mana membawa maksud terima kasih atau kebiasaannya mereka akan cakap Arigatou  ありがとう
2.Doumo ( どうも )
~ Terima Kasih
Ungkapan terima kasih yang ringkas selalunya atas perkara yang kecil
3.Doi tashi-mashite ( どういたしまして )
~ Sama-sama / You are wecome
Ungkapan membalas ucapan terima kasih bagi orang jepun..Sama-sama
4.Ohayou gozaimasu ( おはようございます )
~ Selamat pagi / Good Morning
Yang ni pula adalah ungkapan yg diucapkan pada waktu pagi..kebiasaannya mereka akan cakap Ohayou..Kalau kita yang melayu nie akan cakap Selamat Pagi..
5.Konnichiwa ( こんにちは )
~ Selamat tengah hari / Hai / Good afternoon
Konnichiwa adalah ungkapan umum untuk mengatakan Hello dalam bahasa Jepun.boleh digunakan pada bila-bila masa. Ianya diungkap tanpa kira waktu kerana ia juga bermaksud Hai..dan masih lagi boleh digunakan untuk mengucapkan Selamat Tengah hari..
6.Konbanwa ( こんばんわ )
~ Selamat Petang / Good evening
Ungkapan ni  kebisaanya akan digunakan pada waktu petang saja. Diorang akan sebut Konbanwa apabila menegur seseorg..
7.Oyasumi nasai ( おやすみなさい )
~ Selamat Malam / Good night
Ungkapan ni pula untuk waktu malam..yasumi bermaksud rehat seperti coffee break atau bercuti..so, kalau Oyasumi nasai pula adalah ucapan kepada orang lain apabila hendak tidur..yela takkan nak guna selamat petang pula..
8.ittekimasu (いってきます)
~ Saya pergi dulu / I’m going / I’m leaving / Bye / See you
Ungkapan ni diucapkan apabila hendak keluar daripada rumah..dan biasanya akan ckp “saya pergi dulu”..
9.itterasshai (いってらっしゃい)
~ Jaga diri / Jumpa lagi / Selamat jalan / Have a nice day / Bye / See you / Take care
Ungkapan ni pula untuk orang yang berada di dalam rumah cakap itterasshai kepada orang yg hendak keluar daripada rumah.maksudnya jaga diri, selamat jalan..atau perkataan yang sering kita gunakan “jalan elok-elok”.
10.ki wo tsukete(ne) きをつけて(ね)
 ~ Hati-hati / Selamat tinggal / Be careful / Stay safe
Ungkapan ni biasanya sering digunakan dengan itterasshai iaitu membawa maksud hati-hati ataupun selamat tinggal..biasanya apabila hendak berpisah dengan seseorang atau satu kelompok..
11.sayounara ( さようなら )
~ Selamat tinggal / Goodbye / See you
Ucapan ni diucapkan terutama apabila kita hendak berpisah dengan seseorang atau orang ramai..contohnya, mcm jiran kita nak berpindah ke tempat lain..kita akan ucapkan Selamat tinggal manakala orang jepun akan mengucapka  Sayounara.
12.Tadaima(ただいま)
~ Saya dah pulang / i’m home
Ungkapan penghormatan sebelum masuk ke  dalam rumah..yang ni memang dah jadi amalan org Jepun..Tadaima maksudnya saya dah pulang.. senang cerita macam kita mengucapkan Assalammualaikum
13.Okaeri (おかえり)
~ Selamat kembali / Selamat pulang / Safe return

Ucapan okaeri pula adalah respon daripada ucapan Tadaima..kebiasaanya ucapan ini akan dituturkan oleh orang yang berada di dalam rumah akan cakap apabila mendengar orang baru balik rumah sebut tadaima. Sama seperti menjawab salam.

5,614 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Ucapan Harian Dalam Bahasa Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.