Teater Bikers Kental Mencuit Hati

Sebelum-sebelum nie memang teringin sangat layan teater di Istana Budaya. Tapi asyik tidak berpeluang je untuk ke sana. Tapi malam tadi keterujaan rasanya berbayar selepas menyaksikan Teater Bikers Kental di Istana Budaya.
Aksi Zizan dan Awie dalam teater ini berjaya membuatkan ana dan penonton semua bergelak ketawa dengan aksi dan gelagat mereka di atas pentas. Hilang segala tekanan yang telah lama terbuku di kepala, al maklumlah ana dan isteri pun pergi ke Istana Budaya nie selepas balik daripada kerja.
Antara pelakon yang turut terlibat dalam pembikinan teater bikers kental nie adalah Ameerul Afendi , Nadia Brian , Kamarul Yusof dan ramai lagi. 
Teater Bikers kental nie akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 23 sehingga 31 Januari ini. Tiket berharga daripada RM45, RM65 , RM95 , RM124 , RM155 , RM185 dan RM305. Tiket boleh di dapati di  www.AirAsiaRedtix.com

620 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Teater Bikers Kental Mencuit Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.