Keputusan Play Off Liga Super 2016 : ATM versus T Team

Keputusan Play Off Liga Super 2016 : ATM versus T Team

Salah satu slot ke Liga Super Malaysia 2016 akhirnya terjawab selepas berakhirnya pertemuan antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan T-Team.

pixlr_20160130222854218
Perlawanan yang dilangungkan di Stadium Ipoh, menyaksikan pasukan T-Team berjaya menjadi pasukan ke 12 yang akan beraksi di Liga Super Malaysia 2016 apabila berjaya mengatasi ATM dengan jaringan 2-1.
T-Team membuka jaringan gol pada minit ke 27 menerusi jaringan Ahmad Takiyudin sebelum menambah jaringan gol pada minit ke 45 menerusi Tomislav Busic pada minit ke 45.

ATM berjaya merapatkan jurang jaringan apabila berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke 52 oleh Mohammad Hamidi selepas berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol T Team.

Dengan kemenangan ini, T-Team akan bertemu pasukan Pahang FC dalam aksi pertama Liga Super yang akan membuka tirai perlawanan pada 13 Februari ini.

1,368 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This