KENDERAAN SENDIRI VS PENGANGKUTAN AWAM

Selalunya ana akan pergi ke tempat kerja menaiki kenderaan  sendiri iaitu Green Monster iaitu Modenas Ace 115 kesayangan ana. Namun begitu, baru-baru nie ana mencuba untuk ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan awam pula.

Perjalanan ana adalah daripada Lrt kelana Jaya dan berakhir di Monorel Titiwangsa. Dan untuk sampai ke tempat kerja ana nie, memerlukan ana untuk menukar train di Kl Sentral iaitu menukar daripada LRT ke Monorel.

Kos yang ana perlukan untuk menaiki 2 kenderaan awam ini iaitu LRT dan Monorel adalah sebanyak RM7.50 (LRT RM3.40, monorel RM4.10) sehala. Dan jika dikira-kira perjalanan dua hala akan melibatkan kos sebanyak RM15 sehari.

Sedangkan jika ana menunggang motorsikal, kos yang ana perlukan adalah sebanyak RM5 untuk mengisi minyak motorsikal kesayangan ana itu yang mampu bertahan selama 2 hari setengah iaitu perjalanan daripada Lembah Subang ke Titiwangsa.

Jadi manakah yang lebih menjimatkan? Adakah menaiki kenderaan awam ataupun kenderaan sendiri? Bagi ana sudah semestinya kenderaan sendiri iaitu dengan menaiki motorsikal. Macam mana nak mengalakkan orang ramai menaiki kenderaan awam andai kos itu lebih tinggi berbanding dengan kenderaan sendiri.

677 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “KENDERAAN SENDIRI VS PENGANGKUTAN AWAM

  • 26/01/2016 at 1:59 PM
    Permalink

    Jimat naik Motor lagi sekarang ni, masa pon boleh ikut masa kita… kalau naik kenderaan awam dah macam mahal dan membebankan pulak… tak ikut masa kita… lambat babai kene tinggal kan!

    Reply
  • 27/01/2016 at 7:38 AM
    Permalink

    Pindah dok titiwangsa.

    Xpernah pergi kerja naik pengangkutan awam. Kalau naik mahu 3 jam pergi, 3 jam balik he…23x

    Dulu pernah kerja dekat Kelana Jaya (Now dok rawang sebab dah berkeluarga)

    Isi minyak RM30 untuk 2 hari. Tol pergi balik setiap hari dalam RM2 + RM2.70 + RM2.70 + RM1.30 (Sebelum kadar tol baru diperkenalkan). Parking kereta dalam RM12 sehari.

    Tapi dapat kautim dengan uncle tempat parking.. So ada kotak parking sendiri dengan bayar hanya RM5 sehari (itu pun jika ada kekosongan).

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.