Harga Sebuah Kejujuran

Harga Sebuah Kejujuran

Harga sebuah kejujuran pada abad serba moden ini seolah-olah mempunyai satu nilai harga yang tinggi. Kejujuran seolah-olah diherdik apabila keluar daripada mulut ataupun komen yang sebenarnya mampu membina.

Kalau korang selalu membaca blog, pasti korang semua inginkan blog yang ada kejujuran di dalamnya. Dan rasa-rasanya agak sukar tak untuk jumpa blog yang mempunyai kejujuran di dalam penulisannya?

Rasanya ada je dan apabila sebuah blog tu memperkatakan benar dan jujur di dalam penulisan mengenai sebuah cafe, apa yang dia dapat? Dia dikritik hebat oleh si pemilik cafe tersebut. Hebat bukan? Dunia akhir zaman memang begitu, orang yang jujur pasti akan dikritik, orang yang berbohong pasti akan diangkat umpama superhero.

Berkata benar (jujur) walaupun ianya pahit

Ada pepatah Arab yang bermaksud “berkata benarlah(jujur) walaupun ianya pahit” . Memang pahit untuk berkata jujur terutama pada masa kini. Cuba kita renungkan sirah Nabi S.A.W yang mana sentiasa jujur di dalam percakapannya sehingga di gelar Al-Amin.

Tetapi kerana ingin menyebarkan Islam, Baginda dikritik hebat oleh bangsa dan kaum Quraisy walhal mereka tahu baginda seorang yang jujur di dalam apa yang dituturkan daripada mulut Baginda.

Jujurlah di dalam apa yang kita kerjakan terutama bagi mereka yang bergelar seorang blogger. Kerana setiap apa yang ditulis pasti akan dibaca dan akan dipercayai oleh seorang pembaca. Tulis yang jujur pasti akan berjaya walaupun dikritik kerana itulah tingginya harga sebuah kejujuran.

1,021 total views, 3 views today

2 Replies to “Harga Sebuah Kejujuran”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This