Pertembungan Akhir Selangor Dan kedah

Pertembungan Piala Malaysia 2015 semakin sampai ke penghujungnya apabila bakal menemukan dua pasukan iaitu Selangor dan Kedah di pentas akhir Piala Malaysia 2015.

Di atas kertas pastinya ramai yang berpihak kepada pasukan Selangor dalam misi merangkul kejuaraan kali ke 33. Tapi pastinya akan ada satu pertembungan yang hebat akan diberikan oleh Kedah dalam memastikan kejuaraan dibawa pulang ke bumi Alor Setar.

Kedah semakin menunjukkan peningkatan di dalam permainan selepas berjaya menundukkan pasukan Felda United 2-1 di dalam perlawanan yang berlangsung di Alor Setar selepas terikat 2-2 pada perlawanan pertama di Stadium Selayang. Kedah mara dengan agregat 4-3.

Selangor sudah semestinya ingin beraksi di final yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Dan segalanya menjadi kenyataan apabila berjaya melangkah ke pentas akhir selepas berjaya menundukkan juara bertahan Pahang di laman sendiri 2-0.

Pentas final pastinya akan menyajikan persembahan yang hebat terutama bagi peninat Red Giant yang agak lama merindui suasana beraksi di Final. Siapa yang menang? Mereka yang beraksi baik akan menjuarainya.

1,127 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “Pertembungan Akhir Selangor Dan kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.