Misi 33 Akhirnya Terlaksana

Misi 33 yang telah lama didambakan oleh pasukan Selangor akhirnya terlaksana selepas 10 tahun. Misi membawa pulang Piala Malaysia buat kali ke 33 terlaksana selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 2005.
Selangor muncul juara selepas berjaya menundukkan pasukan Kedah 2-0 di dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Selangor memperoleh kemenangan selepas Ahmad Hazwan Bakri berjaya menjaringkan 2 gol penting Red Giant di dalam setiap separuh masa. 
Dengan kemenangan ini, bermakna rakyat Selangor boleh berbangga apabila diberikan cuti peristiwa sempena kemenangan bersejarah pasukan merah kuning itu. Lepas nie, bolehlah fikir-fikirkan misi untuk takluk Asia pula.

716 total views, 7 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Misi 33 Akhirnya Terlaksana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.