Menara Condong Teluk Intan

Pada mulanya tak terlintas pun akan berkunjung ke Teluk Intan kerana pada perancangan asal adalah ingin ke Pulau Pangkor. Tetapi kerana tiada tempat menginap maka kitaorang pun singgahlah ke Teluk Intan.
Tapi sebenarnya memang kitaorang akan ke Teluk Intan juga, untuk menghadiri majlis pertunangan kepada sahabat isteri ana nie.
Jadi alang-alang dah berada di Teluk Intan rasanya tak sah kalau tak singgah ke salah satu mercu tanda Teluk Intan iaitu Menara Condong.

Dan kebetulan juga hotel yang ana dan wife menginap jaraknya cuma 900 meter daripada Menara Condong ini. Disebabkan itu kitaorang pergi ke Menara Condong sebanyak 2 kali iaitu pada waktu malam dan juga waktu siang.

Menara Condong nie cuma boleh dimasuki dari Jam 0800 hingga jam 1700 (5 petang) bagi hari isnin hingga jumaat, manakala sabtu dan ahad dari jam 0900 hingga jam 1800( 6 petang).

Dan yang pastinya menara ini begitu cantik jika kita berkunjung pada waktu malam dengan cahaya warna-warni yang terpancar dari menara ini.
Akan bersambung..

1,698 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

7 thoughts on “Menara Condong Teluk Intan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.