Happy 2nd anniversary

Happy 2nd anniversary

Tanggal 28 Disember 2013 telah menemukan dua insan untuk diikat sebagai suami isteri. Masa tu degupan jantung hanya Allah yang tahu kerana aku akan mengambil alih tanggungjawab untuk memimpin diri seseorang insan bergelar isteri.
10 bulan selepas kami diijab kabul, kami terima berita yang amat mengembirakan apabila kau isteriku disahkan mengandung. Bermacam-macam tips berguna cuba kita ikut demi kebaikan anak yang bakal lahir.
Tanggal 15 Julai 2015, lahirlah anak kita yang pertama iaitu Muhammad Zavier Huzaifah. Seronok menjadi ummi dan baba dan hanya Allah yang tahu akan perasaan keterujaan itu. 
Tapi tak lama, pada 18 Julai 2015 Allah tarik kembali nikmat itu, kerana Allah lebih menyayangi akan dirinya. Sedih masa tu pun hanya Allah yang tahu. Ramai memberikan semangat, kalau tak mungkin aku akan tersungkur.
Hari ini genaplah hubungan kita dua tahun sayang. Banyak suka dan duka yang kita hadapi bersama sayang. Jika nak berbicara mengenainya mungkin takkan habis kalam ini.
Selamat ulangtahun perkahwinan wahai isteriku. Tersurat kita berdua, tersirat kita bertiga. Semoga hubungan cinta kita kekal hingga jannah.
Semoga hubungan kita akan terus dirahmati dan diberkati oleh Allah. Masih panjang perjalanan untuk kita tempuhi bersama.
Terima kasih @erin fazreen kerana sudi menjadi isteri dan ummi kepada anakku.

907 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This