Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

Apa nak buat kalau belum berjaya? Renung kembali dan cuba muhasabah diri apakah yang kita lakukan yang menyebabkan kita masih lagi belum mencapai kejayaan.

Selalunya jika kita inginkan kejayaan kita kunci utama adalah USAHA. Namun ada nilai tambah yang perlu dilakukan untuk mengecapi kejayaan.

Antara perkara yang perlu buat kalau belum berjaya adalah : 

bersyukur –  Sekiranya kita bersyukur dengan setiap pemberiannya pasti Allah akan mengandakan nikmat yang telah diberikan.

bersedekah – sedekah adalah hikmah mengajar manusia menzahirkan kesyukuran.

salam – memberi salam kepada insan yang kita kenali ataupun tidak akan membuka rezeki kerana menghubungkan silaturahim.

senyum – senyuman juga merupakan salah satu punca pembuka pintu rezeki.

sujud – sujud adalah waktu paling hampir hamba padaNya. Antara waktu doa paling makbul adalah doa ketika sujud yang terakhir. Jadi mintalah untuk menjadi seorang yang berjaya.

sabar – maksudnya bukan tunggu tapi adalah bertenang jika belum dapat teruskan sabar, jika tidak sabar pasti akan tercabar. Kerana dengan sabar dan tidak cepat berputus asa kejayaan pasti akan hadir.

Inilah antara punca utama jika kita ingin mencapaikan kejayaan. Berjaya atau tidak seseorang adalah daripada usaha yang berterusan dan diselingkan dengan kebergantungan kepada PenciptaNya.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita untuk mencapai kejayaan. Wallahualam.

994 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

6 thoughts on “Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.