Ride Amal Modenas Riders Group (MRG) Ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin

Ride Amal Modenas Riders Group (MRG) Ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Solihin

Pada 15 November 2015, Modenas Riders Group (MRG) dengan kerjasama daripada Modenas dan Masjid Raudhatul Mukminin Kg Pinang, Kapar Klang telah mengadakan Ride amal ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di Kanchong Darat.
Modenas Riders Group
Sebanyak 30 buah motorsikal terlibat dengan ride amal kali ini yang mana bukan sahaja melibatkan riders daripada MRG tetapi turut melibatkan riders Superbike Kawasaki dan juga Modenas Jaguh Fun Club.
Perjalanan kami bermula pada jam 9:00 pagi bertolak ke rumah anak yatim tersebut. Dan kami selamat sampai ke rumah anak-anak yatim dan asnaf tersebut pada jam 11 pagi.
Modenas
Kehadiran kitaorang telah disambut oleh tuan rumah yang mempunyai penghuni seramai 120 orang iaitu 80 orang lelaki dan 30 orang perempuan.
Modenas riders
Aktiviti pertama yang dilakukan oleh setiap riders adalah bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan rumah anak yatim dan asnaf ini. Anak-anak disini juga berasa begitu gembira dan memberikan kerjasama dalam aktiviti ini.
Selesai sahaja bergotong-royong, setiap riders telah diberi peluang membawa anak-anak yatim dan asnaf berjalan-jalan pusing kampung bersama motorsikal masing-masing.
Keceriaan terpancar di hati para riders dan anak-anak ini. Nie pun pengalaman pertama ana.hihihi.
Selepas itu, majlis penyerahan barangan sumbangan dan wang ringgit telah diserahkan kepada tuan rumah anak yatim dan As-Solihin ini.
Alhamdulillah, program yang dirancang dalam masa 4 hari ini berjaya berjalamn dengan jayanya. Terima kasih kepada semua riders yang terlibat dengan ride amal ini, tidak lupa juga kepada semua yang menyumbang dan membantu dalam menjayakan event kali ini.
Sekiranya anda ingin memberikan bantuan ataupun sumbangan ke rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin boleh lah rujuk di facebook mereka di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf As-Solihin.

434 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This