Ireland tak gentar

Ireland tak gentar

Ireland tak gentar!!! Itulah amaran jurulatih Republik Ireland Martin O’neill apabila pasukan kendaliannya akan bertemu dengan pasukan Bosnia Herzegovina di dalam perlawanan play off Euro 2016 awal pagi sabtu nanti.
Republik ireland
O’neill berasa yakin bahawa pasukan Ireland akan berpeluang cerah untuk ke perlawanan Akhir Euro 2016 tahun hadapan. Mereka akan berkunjung ke Zenica sebelum melayan kunjungan pasukan lawan di Dublin.

Namun begitu, Ireland tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan seperti John O’shea, Jonathan Walters dan penjaga gawang utama mereka Shay Given.

Ireland juga turut kehilangan Shane Long dan Rob Elliot bagi perlawanan dengan Bosnia.

Ketika Ireland menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Jerman dan Poland dalam Kumpulan D kempen kelayakan Euro 2016, Bosnia pula menduduki tempat sama di belakang Wales dan Belgium dalam Kumpulan B.

Skuad kendalian Mehmed Bazdarevic itu akan menampilkan pemain seperti penjaga gol Chelsea Asmir Begovic serta gandingan pemain Roma Miralem Pjanic dan Edin Dzeko

707 total views, 3 views today

3 Replies to “Ireland tak gentar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This