Hadiah Terbaik Seorang Suami Buat Isterinya.

Hadiah Terbaik Seorang Suami Buat Isterinya.

Apabila hadirnya hari ulangtahun perkahwinan mahupun ulangtahun kelahiran, pastinya si suami akan memberikan hadiah istimewa buat si isteri tercinta. Namun begitu, adakah antara hadiah yang kita berikan kepada isteri merupakan hadiah terbaik buat mereka?

Hari ini ana nak sharekan 3 hadiah yang dirasakan terbaik buat isteri yang lebih bernilai daripada emas permata dan batu berlian yang bernilai tinggi.

Hadiah Terbaik Seorang Suami Buat Isterinya.

1. Waktu

Waktu nie adalah waktu berdua antara suami dan isteri. Kadang kala 10 minit si suami menumpukan perhatian dan memberikan waktu dan masa untuk isteri sudah lebih bernilai daripada barang berharga yang lain.

2. Perhatian

Memberikan sepenuh perhatian buat isteri . Lupakan gadget di tangan, lupakan media sosial sebentar dan berikan perhatian kepada isteri, itu yang didambakan oleh seorang isteri.

3. Kasih sayang

Kasih sayang adalah sesuatu yang amat-amat di dambakan isteri. Berikan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Itulah yang paling berharga buat diri mereka yang bergelar isteri.

Jadi, kita sebagai suami tak payah rasa pening kepala sangat nak berikan apa kepada si isteri. Tapi janganlah sampai tak ada hadiah anniversary lak. Itupun penting juga, tetapi tidak sepenting 3 di atas. Setuju tak para isteri?

1,224 total views, 2 views today

5 Replies to “Hadiah Terbaik Seorang Suami Buat Isterinya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This