Terima Kasih Azlan Misron

Terima Kasih Azlan Misron

Azlan misron bersara

Pemain pertahanan negara Azlan Misron akhirnya mengumumkan persaraan beliau secara rasminya. Azlan sudah semestinya seorang pemain yang layak dihargai kerana jasa dan pengorbanan dia bersama skuad kebangsaan selama 17 tahun (sejak Sukan Komanwel 1998).

Azlan Misron memegang Kap paling banyak dalam sejarah bersama skuad kebangsaan dengan memiliki 349 Kap. Ianya pastinya sukar dicabar oleh mana-mana pemain dalam masa terdekat ini.

Pemain berusia 34 tahun itu mengambil keputusan untuk bersara daripada arena Antarabangsa selepas Malaysia gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio 2016. Ianya sudah semestinya menghampakan diri pemain ini yang berazam untuk beraksi di Olimpik.

Namun begitu, Azlan tetap akan terus menyarung jersi pasukan Terenganu Hockey Team andai khidmatnya masih diperlukan pasukan pada musim hadapan. 


768 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This