Keputusan Penuh MotoGP Motegi, Japan

Kejohanan MotoGP di Litar Motegi, Japan berakhir dengan beberapa keputusan yang mengejutkan terutama daripada rider Malaysia yang beraksi di dalam kategori Moto3 dan Moto2.

Motegi japanese circuit

Zulfahmi Khairuddin yang memulakan aksi perlumbaan bagi kategori Moto3 beraksi dengan cemerlang apabila menamatkan kedudukan ke-5. Zulfahmi sebelum ini bergelut di dalam kejohanan Motogp musim ini tetapi berjaya menangkisnya dengan aksi tungangan menarik.

Keputusan kategori Moto3

Dua wakil Malaysia di dalam kategori Moto2 meneruskan momentum yang ditunjukan Zulfahmi apabila Azlan Shah dan Hafizh Syahrin berjaya menamatkan kedudukan di tempat keempat dan kelima. 

Walaupun pada suatu ketika Azlan Shah seolah-olah akan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga sebelum dipintas ketika perlumbaan berbaki 2 pusingan.

Kategori Moto2

Johann Zarco dinobatkan sebagai Juara kategori pelumba bagi kategori moto2 selepas berjaya muncul juara di Motegi.

Keputusan kategori MotoGP

Pedrosa akhirnya menamatkan badi podium apabila muncul juara di Motegi. Pada suatu ketika seolah-olah Lorenzo akan muncul juara di Motegi tetapi kerana masalah tayar memaksanya menamatkan kedudukan di tempat ketiga. 

Rossi kini berada di hadapan dengan kelebihan 18 mata. Mampukah Rossi menjadi Juara Dunia kali ini?





651 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.