Hargai Mereka Yang Berada Disekeliling Kita

Hargai Mereka Yang Berada Disekeliling Kita

Mereka adalah insan yang sentiasa berada di sisi kita. Mereka adalah ibu bapa kita, isteri kita dan sahabat-sahabat yang sentiasa susah dan senang bersama kita.

Dulu, ana ingat lagi semasa zaman bujang, setiap minggu ana akan pulang ke kampung halaman ana untuk berjumpa dengan ibu bapa ana. Ramai jugalah yang mengejek ana masa tu. Anak emak lah, anak ayahlah. Tapi satu je yang ana cakap kat dieorang ana pulang ke kampung kerana itu memang tanggungjawab ana.

Sekarang ana dah berkahwin dan mempunyai seorang isteri. Tanggungjawab ana kini bertambah. Bukan hanya kepada kedua ibu bapa ana je, sekarang nie tanggungjawab ana juga perlu diserahkan kepada isteri dan kedua ibu bapanya.

Dan sejak ana berkahwin memang jarang ana keluar berlepak dengan kawan-kawan ana terutama pada waktu malam. Pasti ada antara mereka yang cakap ana takut bini lah, lepak jap je bukan lama pun takkan tak bolehkan?

Bukan tak boleh, tapi ana lagi selesa menghabiskan masa berlepak bersama isteri yang juga sahabat ana kerana itu pun tanggungjawab ana juga. Lagipun seronok habiskan masa bersama isteri berbanding berlepak saja-saja. 

Setiap kita ada tanggungjawab. Setiap kita mempunyai insan yang disayangi. Hargailah mereka yang berada disekeliling kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita selama-lamanya.



744 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This