Filem Review | Rembat : Bukan Sekadar Rembat

Rembat
Rembat, bukan sekadar rembat, itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut ana nie selepas menonton Filem rembat di pawagam baru-baru ini. Ana yang sebenarnya tak minat tengok cerita melayu tergerak hati menonton cerita lakonan Shaheizy Sam nie selepas menonton sedutan cerita ini di TV3 tempoh hari.

Sinopsis Filem Rembat

Mengisahkan dua lelaki bernama Chin Chye (Aniu) dan Malik (Sam) yang bertembung secara tidak sengaja. Namun satu malapetaka yang berlaku membuatkan mereka mengejar masa untuk ke peringkat akhir perlawanan bola sepak yang akan berlangsung kerana Chin Chye telah berjanji dengan ah long untuk memberi rasuah kepada pasukan Malaysia agar mereka kalah dalam perlawanan di antara Malaysia dan Thailand.
Walaupun Malik tidak mahu melibatkan diri dengan perjanjian ini kerana dia peminat setia Harimau Malaya, dia terpaksa mengikut Chin Chye kerana ingin menghalang Rosman (Arja Lee) daripada mencuri kekasihnya Azira (Zara Zya), yang memerlukan wang untuk pembedahan neneknya.
Oleh kerana kesuntukan masa dan duit, Chin Chye dan Malik berjumpa dengan M.R. Baby (Zizan Razak), untuk mendapatkan pinjaman wang. Namun M.R. Baby pula naik marah apabila mendengar rancangan mereka untuk memberi rasuah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana M.R. Baby bertaruh untuk Malaysia agar menang.

Pelakon Filem Rembat

Filem yang diarahkan oleh pengarah baharu, Shamyl Othman, dibarisi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Zara Zya, Arja Lee, Sherry Alhadad Zulin Aziz serta penyanyi dan pelakon Cina terkenal, Aniu.

Ulasan anaZarin mengenai filem Rembat

Ana merasakan mesej yang cuba disampaikan di dalam filem rembat ini bukanlah semata-mata mengenai bola sepak Malaysia dan kisah bola sepak semata-mata tetapi mesej persahabatan dan kemasyarakatan yang cuba disampaikan dalam filem ini.
Rembat juga mempunyai kekuatan tersendiri kerana nilai-nilai  dan mesej yang cuba diterapkan di dalam hati rakyat Malaysia yang berbilang agar bersatu disampaikan dalam keadaan santai.


Dan apa yang ana boleh katakan rembat : bukan sekadar rembat

1,408 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “Filem Review | Rembat : Bukan Sekadar Rembat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.