Darah Mencanak Tinggi Naiknya

Awak muda lagi, tapi dah ada darah tinggi. Itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut Doktor apabila bacaan tekanan darah tinggi ana mencapai 150. Doktor cakap tekanan darah normal untuk orang muda macam ana nie 125.

Patutlah kebelakangan ini, ana asyik sakit kepala yang melampau terutamanya apabila stress. Apabila sakit kepala sampai ke tengkuk lah juga menangkapnya. Ingatkan pening-pening biasa je jadi ana buat bodoh je selalu.

Tapi disebabkan oleh kepala yang terlalu sakit sehingga ana tidak mampu untuk menanggung beban, apalagi ana pun gagahkan diri berjumpa dengan doktor (padahal nak MC. Hehehe). Ok, sambung cerita balik, kat dalam bilik doktor tu, dekat 20 minit doktor bagi ceramah kat ana.

Dekat 90% nasihat doktor menjurus kepada jaga pemakanan dan diet serta kena bersenam. Masalahnya mampu ke ana? Bab bersenam tu oklah tapi bab makan, mungkin susah banyaklah. Pape pun kena jaga pemakanan dah mulai sekarang agar tidak menyesal di kemudian hari.

1,633 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

8 thoughts on “Darah Mencanak Tinggi Naiknya

  • 12/10/2015 at 8:52 PM
    Permalink

    Welcome to the club Zarin..Akak pun sama 150/110…lagi tau tekanan darah tinggi lg Akak stress

    Reply
  • 12/10/2015 at 9:25 PM
    Permalink

    wah.. nak share jugak…

    Pagi tadi ada pemeriksaan kesihatan dkt opis bonde… agak terkejut bacaan BP atau tekanan darah darah Bonde pagi ni 134/70 hu hu hu…

    sampai 3 kali adik CUCMS tu buat dan siap tukar alat bacaan tekanan darah tu.. still sama sebab sebelum ni bacaan Bonde x sampai pon 130+ bila dingat balik rupanya kurang tidor…

    bonde tidur jam 3.30 pagi.. jadi rehat td bantai tidur nak recover energy

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.