Resepi Rahsia Mee Goreng Pengikat Hati Isteri

Resepi Rahsia Mee Goreng Pengikat Hati Isteri

Isteri adalah anugerah yang paling berharga yang diutuskan oleh Allah sebagai tulang belakang si suami. Yang mana isteri adalah insan paling setia saat suami susah dan senang.

Oklah, hari ini ana nak sharekan satu resepi sebagai pengikat hati isteri kita. Apa salahnya sekali sekala kita yang suami nie masakan untuk isteri kita. Pastinya si dia akan bertambah sayang kepada kita. Tak caya cubalah.

Resepi Rahsia Mee Goreng Pengikat Hati Isteri

Hari nie ana akan sharekan resepi macam mana nak masak mee goreng paling special buat si isteri kita.

Resepi mee goreng basah
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
1 sudu besar bawang putih kisar
4 sudu besar bawang merah kisar
8 sudu besar lada kering kisar
2 biji tomato – belah 6
Taugeh
Sawi atau kucai
2 biji telur
Fish cake
Fish ball
Garam
Gula
Serbuk perasa
Kicap manis
Air
Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball.

2. Tambah air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak

 3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.

4. Masukkan telur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.

5. Masukkan sawi, mee dan gaul rata. Kemudian, masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.

6. Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Dan resepi rahsianya ialah masaklah dengan penuh kasih sayang. Pasti sidia bertambah sayang.

Selamat mencuba….

1,808 total views, 2 views today

7 Replies to “Resepi Rahsia Mee Goreng Pengikat Hati Isteri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This