Ke Manakah Hala Tuju Bola Sepak Malaysia

Ke manakah hala tuju bola sepak Malaysia. Ini kerana selepas 31 tahun pentadbiran FAM ternyata lebih membawa kepada kegagalan berbanding kepada kejayaan.

Pengurusan FAM tetap orang yang sama menerajuinya sejak 31 tahun yang dahulu yang mana sejak 31 tahun ini tiada kejayaan melayakkan diri ke Piala Asia dan Piala Dunia serta Sukan Olimpik.

Malaysia cuma layak ke Piala Asia atas merit sebagai tuan rumah pada tahun 2007 dan itupun terpaksa menempuh malu yang amat kerana pasukan tuan rumah pertama dalam edisi Piala Asia dibelasah teruk di dalam peringkat kumpulan.

Tahun ini merupakan tahun malap buat pasukan Bola Sepak negara kerana 3 kali kita mencatatkan kekalahan yang memalukan bermula dengan Oman 6-0, Palestin 6-0 dan UAE 10-0. Ranking Malaysia juga seolah-olah mengekori ringgit Malaysia apabila jatuh menjunam ke tangga 169 satu rekod terburuk bola sepak Malaysia.

Adakah bola sepak kita akan bangun seperti negara-negara lain yang semakin hari semakin hebat bola sepaknya ataupun kita akan jatuh terus merundum ke rangking 200? 


Ke manakah hala tuju bola sepak Malaysia





720 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “Ke Manakah Hala Tuju Bola Sepak Malaysia

  • 20/09/2015 at 8:02 PM
    Permalink

    duduk fam 31 tahun… bukan tahu pasal sukan..pasal bola pun… duduk kenyang temolok sendiri je… pastu politik jer lebey… baik anazarin tahu selok belok sukan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.