Kalau Mudah Terasa, Jangan Buat Orang Terasa

Kalau Mudah Terasa, Jangan Buat Orang Terasa

Usik-mengusik dan gurau senda sudah menjadi satu kemestian di dalam kalangan kawan-kawan kita. Namun begitu, adakalanya gurauan kita tu mungkin menyakitkan hati sahabat kita tanpa kita sedari.
Ubat sentap


Kalau Mudah Terasa, Jangan Buat Orang Terasa

Adakalanya gurauan kasar nie membawa pergaduhan yang memakan masa terutamanya bagi kaum wanita. Maaf ana katakan tetapi ianya sememangnya fakta. Betul tak?

Ada kawan kita seorang atau dua orang yang jenis suka membahan kawan-kawan yang lain dan adakalanya sehingga melampaui batasan. Betul tak? 

Tapi bagaimana pula apabila mereka di bahan? Adakah mudah sentap? Ataupun cool macam biasa? Kalau yang cool tu takpe lah kan? Yang terus sentap masalahnya nie. Apabila dieorang bahan orang bukan main lagi. Tetapi apabila kena batang hidung sendiri tau pula sentap.

Jadi nasihat ana , nak buat orang lain sentap tu ikutlah, tapi tengok dulu diri kita nie sentap atau tak bila orang balas balik, kalau sentap juga janganlah suka membahan orang. Kalau tak sentap ikutlah apa korang nak buat tapi jangan melampau-lampau sudahlah.




1,721 total views, 2 views today

9 Replies to “Kalau Mudah Terasa, Jangan Buat Orang Terasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This