Setiap Yang Hidup Pasti Akan Pergi

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Pergi

Kematian adalah sesuatu yang pasti. Setiap yang hidup pasti akan pergi. Akan pergi meninggalkan dunia yang Fana untuk menuju ke satu alam yang bakal menentukan syurga atau neraka yang mana alam itu akan kekal abadi.

Sebelum ini, keluarga ana telah kehilangan seorang putera ataupun anak syurga yang kembali kepada PenciptaNya selepas hanya dipinjamkan selama 3 hari sahaja. Walaupun hanya seketika di dunia namun ianya akan aman di Sana. Ianya sudah pasti.

Hari ini, dikalangan ahli keluarga kami kehilangan lagi seorang hamba Allah yang telah kembali ke Rahmatullah. Seorang Pak Cik ana telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada waktu Zohor tadi.

Itulah lumrahnya kepada kehidupan kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap pengawalan pasti akan ada pengakhiran. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Namun adakah kita bersedia menghadapi saat perpisahan? Adakah kita sudah bersedia untuk bertemu yang Maha Esa? Kerana setiap yang hidup pasti akan pergi.

726 total views, 3 views today

2 Replies to “Setiap Yang Hidup Pasti Akan Pergi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This