Seronoknya Dating Selepas Kahwin.

Seronoknya Dating Selepas Kahwin.

Apabila berbicara pasal dating, sudah semestinya ramai yang pasti teringat saat bercintan-cintun. Antara tempat menarik tertarik kau memang terboom yang menjadi pilihan pasangan bercouple nie sunway pyramid lah, klcc lah, panggung wayang lah.

Percaya tak korang, kalau ana cakap ana tak pernah keluar dating? Tentu tak percayakan? Ana pun akui pernah ngak keluar dating berdua tapi sekali lah. Yang selebihnya dating bersama dengan kawan-kawan sidia je. Ibu bapa tak izinkan berdua. Sampaikan ada yang cakap ana nie mengalahkan anak dara pula. Jeng..jeng..jeng

Tapi ada satu kelainan yang rasa apabila mendirikan rumah tangga nie. Sejak berkahwin nie, memang kerap jugalah ana keluar dating bersama isteri sebab dulu masa bujang agak susah nak dating berdua. Tapi ternyata berbaloi tak dating sangat dulu sebab sekarang nie lagi seronok dating berdua.

Sebab apa seronok? Sebabnya kini dah halal, jadi berpegangan tangan dah tak ada hal. Habiskan duit belanja isteri pun rasa seronok sebab keberkatan tu ada. Tengok wayang ke, nak buat apa ke dah tak takut sebab dapat pahala kerana saling mencintai kerana Allah.

Indahnya , dating selepas kahwin. Kalau tak percaya, sekarang yang couple tu tahankan diri daripada dating ngan pasangan masing-masing dan bila kahwin dating puas-puas. Ana pasti anda semua akan rasa kemanisannya.

959 total views, 3 views today

8 Replies to “Seronoknya Dating Selepas Kahwin.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This