PEMAIN UTAMA CLUB BRUGGE SERTAI HARIMAU MALAYA

Club Brugge merupakan pasukan utama yang beraksi di dalam liga utama Belgium. Club Brugge kini sedang beraksi di dalam kelayakan Liga Juara-Juara Eropah bagi menempah slot ke kejohanan paling berprestij di bumi Eropah.

Pemain utama Club Brugge sertai Harimau Malaya. Pemain yang disebut-sebut bakal menyertai skuad kebangsaan adalah Dion Johan Cool yang juga merupakan pemain muda yang lahir di Kuching Sarawak.

Cool sebelum ini pernah beraksi bersama skuad bawah 19 tahun kebangsaan Belgium itu dikatakan begitu berminat untuk menyarung jersi keramat hitam kuning Harimau Malaya. Pemain ini juga baru-baru ini berjaya menjaringkan gol buat Brugge di kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Harimau Malaya bakal berwajah baharu apabila FAM seakan-akan begitu giat mencari pemain-pemain yang mempunyai darah kacukan bagi menguatkan skuad harimau Malaya sekaligus membaiki kedudukan ranking pasukan kebangsaan.

Selain Cool, pemain lain yang mempunyai darah kacukan di dalam skuad kebangsaan ialah Junior Eastel dan Mathiew Davies. 

894 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “PEMAIN UTAMA CLUB BRUGGE SERTAI HARIMAU MALAYA

  • 08/08/2015 at 9:51 AM
    Permalink

    oooo..maksudnya…diaorang ni…rela balik ke Tanah Air dan bermaian dalam Harimau Muda kita…yah…Harimau akan mengaum tak lama lagi…

    Reply
  • 09/08/2015 at 12:29 PM
    Permalink

    Semoga skuad negara semakin kukuh. Permainan politik perlu dikurangkan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.