PAHANG KENCUNDANG, JDT DI PERSADA LIGA

Liga Super Malaysia semakin menarik untuk disaksikan apabila terdapat beberapa keputusan perlawanan yang begitu mendebarkan. Kedudukan liga juga tiada bezanya apabila pendahulu Liga hanya dipisahkan satu mata dengan Pasukan di tempat kedua.

Pasukan Pahang gagal mengekalkan kedudukan Pendahulu liga apabila kecundang kepada pasukan Lions xii 4-2 di Stadium Jalan Besar. Kekalahan Pahang dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Pasukan JDT yang berjaya mencatat kemenangan 1-0 di Paroi.
Pahang Kencundang, Jdt di Persada Liga. Pasukan Pahang yang memerlukan kemenangan bagaimanapun dikejutkan pasukan tuan rumah daripada Singapura itu dengan jaringan 4-2. Lions xii berada di depan pada minit ke 17 oleh Faris Ramli sebelum mereka mereka melebarkan jaringan menerusi Madhu Mohana pada minit ke 31.
Pahang berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Mathias Conti pada minit 43. Sebelum Pasukan tuan rumah terus mebarkan kedudukan dengan menjaringkan 2 gol pada babak kedua. Pahang bagaimanapun berjaya menambah jaringan kedua pada masa tambahan.
Manakala Pasukan JDT pula berjaya memanfaatkan perlawanan menentang pasukan yang menghadapi masalah kewangan ATM, apabila berjaya menumpaskan pasukan tersebut selepas terpaksa berhempas pulas di dalam perlawanan yang berlangsung di Paroi itu. Gol jaringan JDT dijaringkan oleh Safee Sali.
Dengan keputusan perlawanan ini JDT berjaya memintas Pahang di persada Liga buat masa ini dengan perbezaan hanya 1 mata. Berikut adalah carta liga Super Malaysia setakat ini.

784 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

One thought on “PAHANG KENCUNDANG, JDT DI PERSADA LIGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.