Kerana Pandangan Mata

Kerana Pandangan Mata

Mata adalah salah satu kurniaan Allah yang paling terbaik selepas otak. Kerana mata kita dapat melihat segala kecantikan dan ciptaan yang Indah daripada Allah. Namun mata kita juga mudah menipu, mudah menerbitkan perasaan sangsi dan hilang sifat husnuzon terhadap orang lain.

Kerana Pandangan Mata. Sebenarnya ada hikmah tersendiri mengapakah kita perlu menjaga pandangan mata kita. Kerana daripada matalah ianya akan membawa ke dalam hati dan adakalanya melalui pandangan pertama membuatkan hati jatuh cinta.

Kerana pandangan mata, kadangkala hilang rasa bersyukur bagi mereka yang sudah berkahwin nie, kerana ada ketika apabila melihat wanita lain mereka merasakan seolah-olah wanita tu lebih cantik berbanding isteri mereka yang waktu ketika dahulu adalah wanita paling cantik pada pandangan mata mereka.

Sedangkan apa yang mereka nampak terhadap wanita bukan halal itu hanyalah pandangan syaitan yang mana cuba sedaya upaya merosakan hubungan suami isteri. Kerana apabila melihat wanita lain yang lebih cantik (walhal bini lagi cantik) mereka seolah-olah lupa akan isteri mereka sehingga banyak berlakunya penceraian. Nauzubillah.

Bagi mereka yang belum berkahwin, cuba jaga pandangan mata kita. Kerana rasanya agak susah untuk menjaga pandangan mata lepas berkahwin kerana dah biasakan. Hanya kerana pandangan mata boleh merosakan sebuah masjid yang terbina. Wallahualam.

631 total views, 3 views today

3 Replies to “Kerana Pandangan Mata”

  1. eh macam dalam movie Cinta Paling Agung la pulak…si laki terlihat wanita lebih cantik dr isterinya dan sanggup ceraikan isteri lrn wanita cantik itu….hoho…x KG xgemar lelaki bgtu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This