KBBA Blogger’s Day Out | Bersantai Di Zoo Negara Part 2

Penjelajahan KBBA blogger’s Day Out meneruskan pengembaraan yang seterusnya selepas selesai menjamu selera di The Wild Cafe yang ditaja oleh Food Panda. Apabila berada kat cafe nie terasa seolah-olah berada di KFC pun ada sebab menunya lebih kurang je dengan kfc.
Selepas makan, masing-masing tak sabar nak tengok panda, tapi apakan daya sebelum tengok panda kita pusing-pusing dulu dan kitaorang berkunjung ke Muzium Madu Dunia. Kat sini kitaorang telah diberi peluang untuk cuba madu asli. Memang terbaik lah rasanya. 
Sebelum dibenarkan masuk ke dalam tempat panda yang berhawa dingin, kitaorang dibawa ke kawasan Chimpanzi, beruk, orang Utan dan monyet. Agak kelakar melihat beberapa ekor beruk yang pandai berposing saat kitaorang nak tangkap gambar mereka.
Dan akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila kami akhirnya masuk ke tempat kediaman panda. Sejuk je kat dalam Pusat Konservasi Panda Gergasi nie. Dan yang bestnya kunjungan kitaorang kali ini juga bersempena sambutan ulngtahun ke 9 panda nie. Jadi dapatlah melihat si panda nie makan kek.
Alhamdulillah agak penat juga ke Zoo Negara ini, tapi kepenatan itu berbayar kerana dapat belajar mengenai dunia haiwan yang jarang dijumpai di depan mata sendiri. Terima Kasih kepada para penaja, Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda, Curves kerana tanpa anda kami mungkin tak dapat berkumpul di dalam Blogger’s Day Out nie. Moga bertemu lagi kita.

1,452 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

7 thoughts on “KBBA Blogger’s Day Out | Bersantai Di Zoo Negara Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.