“Biniku” Diserang Lagi

Seperti rutin harianku sebelum pergi ke tempat kerja, ana akan melihat keadaan “biniku” yang satu nie. Ana akan melihat sekitar kawasannya, secara menyeluruh samada daripada atas ke bawah ataupun bawah keatas untuk memastikan keadaanya dalam baik.
Namun, agak terperanjat sedikit hari ini apabila melihat keadaan “biniku” ini. Walaupun tiada kehilangan anggota badan seperti sebelum ini, tapi kali ini boleh dikatakan agak teruk kerana ianya bermandikan tepung. Sabar je la..
Inilah nasib kalau tinggal di rumah Flat, rasanya agak banyak kali jugalah “biniku” ini menjadi mangsa kerakusan orang yang tak berperikemanusiaan nie. Kalau sebelum nie, telinga hilanglah, silencer peti suara hilanglah dan topi hilang. Aiks apalah nasibmu ye wahai “biniku”.

1,152 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

9 thoughts on ““Biniku” Diserang Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.