Baju Hujan Semakin Mengecut

Gambar hiasan.
Baju hujan nie adalah barangan yang wajib ada bagi seorang rider. Kalau yang ada box di belakang motor tu, pasti akan perasan yang ada dalam box dieorang tu adalah baju hujan.

Baju hujan semakin mengecut.

Sebenarnya ana dah agak lama tak pakai baju hujan yang terdapat di dalam box motor ana tu. Kiranya dekat setahun juga lah tak pakai. Selalu hujan pun main redah je tak pakai baju hujan. Biarkan je kat dalam tu terduduk rapi.
Tapi tadi lain ceritanya, terasa pula nak pakai baju hujan tu. Apalagi masa nak pakai tu, tengok baju hujan ana tu dah mengecut. Dan bahagian paling ketara mengecut tu adalah kat bahagian perut. Sabar je la.
Nampak sangat perut makin ke depan. Usia muda lagi nie, kalau dibiarkan berterusan mahu jadi macam orang umur 41 nanti. Hehehe. 

782 total views, 4 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “Baju Hujan Semakin Mengecut

  • 13/08/2015 at 8:16 PM
    Permalink

    Hehe…tu tandanya dah kena start senaman n kurangkan makanan yg kandungan gula and lemak tinggi. Sama sama la kita berusaha bersenam…jom!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.