Ummi Tolong Kuat

Ummi tolong kuat, baba tak sampai hati tengok ummi bersedih, janganlah nangis ummi, baba tak sampai hati melihat ummi begini, ummi masih dalam pantang. Ummi tolong kuat, ummi cakap sayang baba dan huzaifah kan?
Ummi, baba tau baba tak rasa apa yang ummi rasa ketika mengandungkan huzaifah, tapi baba pun bersedih juga. Baba tau ummi sayang pada huzaifah tapi ummi kena kuat.
Andai ummi rindukan huzaifah, ummi sedekahkan Al Fatihah, setiap kali rindu kita baca Al Fatihah, barulah huzaifah tau yang kita cinta dan sayangkannya kerana Allah. Betul tak ummi?
Ummi, jangan bimbang, jangan risau, huzaifah tetap ada bersama kita dan dekat dengan kita. Huzaifah ada dalam hati kita sayang. Ummi mohon kuat, kalau ummi tak kuat baba pun tak kuat tapi huzaifah tak nak tengok kita macam nie.
Ummi jangan bersedih ye, baba kan ada, kita kena kuat untuk teruskan hidup dan kita perlu kuat berusaha agar kita dapat berjumpa dengan huzaifah di depan pintu syurga. Allah ada bersama kita ummi. 

793 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

7 thoughts on “Ummi Tolong Kuat

  • 20/07/2015 at 8:27 AM
    Permalink

    alahai sedihnya..
    teruskan bg semangat kat wife zarin.. jangan bagi dia bersendirian, nanti dia lg mudah teringat dan sedih..

    Reply
  • 20/07/2015 at 9:51 AM
    Permalink

    Be strong… setiap apa yg jadi ada keinginanNya… doa byk2 dan bagi semangat kat org umah.. wpon ko sedih tp ko mesti kuat utk org umah… klu ko lemah org umah akan down… bersabarlah…

    Reply
  • 20/07/2015 at 7:10 PM
    Permalink

    Kuatkan semangat zarin. Bagi wife kekuatan. Insya Allah ujian Allah ni pasti Zarin dan wife dpt lalui..

    Reply
  • 20/07/2015 at 11:08 PM
    Permalink

    Zarin, beritahu wife usah banyak menangis. Dalam pantang jika banyak menangis boleh sakit kepala & macamĀ² penyakit tak diingini lagi. Zarin dan isteri tabah ya.

    Reply
  • 21/07/2015 at 2:01 PM
    Permalink

    Kuatkan semangat Zarin.. Bagi kekuatan pada wife.. Kami doakan dari jauh..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.