Sambut Ummi dan Baba di Syurga

Seperti berada di dalam sebuah mimpi yang begitu panjang. 9 bulan dirimu berada di dalam rahim ibumu, menendang membuatkan hati ummi dan baba tersenyum walaupun baba tau ummi tengah sakit ketika itu. Terasa tak sabar menantimu keluar ke dunia.

Dikau dilahirkan pada 15 Jul 2015 bersamaan 28 Ramadan 1436H. Ketika itu ummi yang tak hilang lagi rasa sakit tetap tersenyum puas menatap wajahmu yang comel anakku. Baba sampai tak lena tidur apabila mengingatkan dirimu. Mungkin ini rasa gembira seorang bapa.

Ketika 1 syawal menjelma, ramai saudara mara yang datang melawat dirimu sayang, mendoakan kebaikan buat dirimu. Pada mulanya, baba dan ummi bercadang tidak pulang ke kampung baba, tapi bila tak ada siapa nak urut ummi kerana hari raya, baba bertekad membawa ummi pulang ke kampung baba kerana di kampung ada yang boleh mengurut ummi.

Sampai di kampung, tak putus-putus saudara mara datang ke rumah. Jika selalu raya kedua atau ketiga baru mereka datang ke rumah baba, tapi kali ini raya pertama ramai dah serbu rumah baba,kiranya ramai saudara ummi dan baba telah melihatmu sayang, tak sangka itu petanda dikau akan pergi meninggalkan kami.

18 Julai 2015 bersamaan 2 Syawal 1436h tak sangka adalah kali terakhir buat ummi dan baba melihat dirimu. Memeluk mencium dirimu . Sayangku ummi dan baba tau Allah lebih menyayangi dirimu, walaupun cuma dipinjam dirimu walaupun 3 hari tetapi Alhamdulillah semuanya baba sempat lakukan untukmu wahai anakku, mandikan dirimu, membayar zakat untukmu, mengazankan dan iqamatkan dirimu.

Walaupun tidak sempat kita bergambar bersama, tapi baba dan ummi tau dikau ada bersama kami, cuma dikau di sana kami disini. Wahai anakku, Sambut ummi dan baba di syurga.

2,090 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

20 thoughts on “Sambut Ummi dan Baba di Syurga

  • 19/07/2015 at 7:44 AM
    Permalink

    Sabarlah ummi dan baba. Moga digantikan Allah dgn rezeki yang lain. Sesungguhnya Allah maha merancang. Moga Allah kurniakan ummi dan baba anak-anak soleh dan solehah selepas ni.

    *entri ini penuh dgn jiwa. Pembaca dpt rasai perasaan ummi dan baba.

    Reply
  • 19/07/2015 at 7:54 AM
    Permalink

    Assalamualikum Zarin…juju berlinangan air mata sebakk baca entry nukilan hati seorang bapa yg baru kecapi nikmat menjadi ayah….zarin, Allah pasti kurniakan kamu rezeki melimpah ruah dgn izinnya…zarin kuatkan hati isteri mu…beri kata2 motivasi hari2….wanita perlukan masa…juju tahu…Allah pilih ujian ini pada zarin sbb zarin org2 terpilih…Allah sygkan kamu bertiga zarin…ujian ini bawa rahmat diakhirat nanti….Ya Allah jaga mereka bertiga Allah…kurniakanlah hikmah selepas ini…salam takziah utk zarin sekeluarga….jaga diri. Alfatihah.

    Reply
  • 19/07/2015 at 8:01 AM
    Permalink

    Assalamualaikum.. Hanya orang yang alami sahaja yang boleh rasa akan perkara ini.. Insyaallah kawan, segala yang berlaku ini pasti ada hikmahnya dan Allah menguji hambanya yang mampu hadapi cabaran dan dugaan.. Pasti akan digantikab dengan rezeki lain yang berlipat ganda.. Sabar wahai kawanku dan isteri.. Tabah hadapi dugaan dan insyallah anakmu tu akan menantimu di pintu syurga.. Salam Takziah dari kami dan Al-Fatihah..

    Reply
  • 19/07/2015 at 8:48 AM
    Permalink

    Ya Allah sebak akak baca.. sedih sangat!
    moga zarin dan isteri tabah dan sabar hadapi ujian Allah ini.. insyallah ada hikmah di sebaliknya..

    Reply
  • 19/07/2015 at 9:38 AM
    Permalink

    Yg pastinya zarin dah ada zurian menanti di syurga Allah… semoga zarin dan wife kuat dan berganda2 murah rezeki lps ni…

    Reply
  • 19/07/2015 at 11:44 AM
    Permalink

    As salam Zarin..sebak akak baca ..semoga Allah tabahkan hati Zarin n isteri,beruntung Zarin n isteri ada anak syurga yang dah menunggu di sana..

    Reply
  • 19/07/2015 at 10:51 PM
    Permalink

    Salam takziah buat zarin dan isteri.. Moga kalian tabah menghadapi ujian yg satu ini.. Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.. pasti ada hikmah yg tersembunyi buat kalian berdua.. Tabahkan hati, sabarkan diri.. Dah ada yg menanti kalian berdua di pintu syurga..

    Moga kalian dimurahkan rezeki yg lain & dikurniakan anak-anak yg soleh dan solehah.. Insya-Allah..

    Al-fatihah…

    Reply
  • 20/07/2015 at 11:04 PM
    Permalink

    Zarin, akak baru baca entri ini. Terlihat entri terkini Zarin di bloglist akak. Menangis akak baca. Maaf ya. Moga Zarin tabah dan kuat. Begitu juga isteri. Huzaifah menanti kalian di syurga Insyaa Allah.

    Reply
  • 20/07/2015 at 11:16 PM
    Permalink

    gugur airmata abe hingga xdpt nk tahan. insyaAllah, jdlah ank syurga wahai Zavier. tunggu ummi & babamu di sana

    Reply
  • 21/07/2015 at 5:14 PM
    Permalink

    Salam Takziah bro..beza 3 hari ngn anak aku..Allah lebih sayangkan dia..banyak2 bersabar..ada hikmah di sebalik semua ni..insyaAllah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.