PERLU ADA REDHA DALAM DIRI

Semasa ana sedang menonton televisyen saluran Astro Oasis bersama zaujah, ada satu ceramah yang menceritakan mengenai Redha ini. Redha ini perlu ada dalam diri orang yang beriman.
Redha ini terletak pada tahap tertinggi di dalam tahap kesabaran bagi setiap insan apabila menerima musibah ataupun ujian di dalam diri masing-masing.
Tahap kedua sebelum sampainya redha adalah sabar atau cuba menjadi sabar. Kerana apabila kita sabar, Allah akam menyingkirkan dosa dan memberikan ganjaran yang tidak tergambar di dalam diri.
Redha pula adalah puas hati dengan Allah. Puas hati di sini adalah berpuas hati dengan setiap rencana dan cabaran yang Allah berikan kepada kita. Ini hanya insan yang benar-benar kuat sahaja yang mempunyai rasa seperti ini. Itulah antara ciri orang beriman. Adakah ana Redha dengan Allah? Semoga ana jua kuat dan Redha dengan ketentuanNya.

619 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “PERLU ADA REDHA DALAM DIRI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.