Perkara yang perlu dilakukan oleh Para Suami ketika Isteri sedang Berpantang

Selepas si isteri bersusah payah membawa perut selama 40 minggu ataupun ada yang lebih awal. Kini telah hadir satu kehidupan baru iaitu anak yang lahirkan. Masa inilah isteri akan mula berpantang selama 44 hari.

Namun begitu, tahukah anda wahai para suami apakah Perkara yang perlu dilakukan Para suami ketika isteri sedang berpantang? Dekat sini ana nak kongsikan 3 perkara yang ana dapat daripada sini bersama korang semua si suami nie.

3 perkara yang perlu dilakukan oleh anda ialah :

Jangan Tidur Berlebihan.
Yang nie rasanya kerap si suami lakukan, mengalahkan dieorang yang lebih penat berbanding isteri diaorang. Bayangkan isteri kita bertarung nyawa dan bersusah payah mengandung selama 9 bulan. Kadang-kadang tu sampai susah nak tidur. Apabila lepas bersalin mereka juga agak susah nak tidur kerana nak menyusukan anak lagi. Apakata lepas nie bersama-sama bangun malam menemani isteri menyusukan anak ataupun tukar lampin anak kita.

Jangan Beremosi Lebih
Siapa yang mengandung sebenarnya nie? Isteri atau kita para suami? Tapi kadang-kadang rasanya kita yang lebih beremosi kan para suami sekalian? Betul tak? Bahaya sebenarnya kalau isteri kita stress sebab boleh menyebabkan meroyan ataupun kemurungan. Apakata leoas nie kita kawal sikit emosi kita. Kalau nak beremosi sangat cuba ingat isteri kita yang dah banyak berkorban untuk kita?

Jangan layan Gadget selalu.
Ada baby baru, sudah semestinya si bapa nie lebih excited berbanding para ibu. Pastinya rasa nak update je di media sosial pasal baby kita, nak semua tengok dan puji kecomelan baby kita kan? Nak update tu boleh tapi janganlah sampai 24 jam dengan Handset je. Sian bini kita tu, sedangkan dia yang perlukan perhatian kita selama 24 jam bukannya gadget kita.
Ini semua ana sharekan kat korang semua bukanlah bermakna ana nie bagus. Tapi sebenarnya sebagai peringatan ana juga yang mempunyai isteri. Jom para suami kita jadi suami yang hebat untuk isteri kita. Semoga ianya bermanfaat kepada kita.

1,017 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “Perkara yang perlu dilakukan oleh Para Suami ketika Isteri sedang Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.