Maafkan Aku… Buat Kau Menangis Lagi

Kaum hawa merupakan insan yang paling mudah sensitif. Ketika berduka pasti air mata akan mudah mengalir. Sebab itu kaum hawa mempunyai satu naluri keibuan yang amat menebal di dalam diri mereka yang mana sikap dan perasaan itu tidak dimiliki oleh kaum adam walaupun kaum adam nie pun ada yang sesitif ye.
Maafkan aku… buat kau menangis lagi. Begitu mudah kita kaum adam nie melayan perasaan kita yang mana adakalanya tanpa kita sedari kita menguris hati seorang wanita bergelar isteri. Adakalanya saat mereka perlukan kita, kita layan benda lain. 
Pernahkah kita selami hati dan perasaan mereka? Saat mereka ingin berbual dan meluahkan apa masalah yang dihadapi mereka kita buat bodoh je? Pernah tak kita fahami apakah perasaan mereka ketika itu? Adakah mereka kecewa dengan kita?
Ya, memang mereka akan ada perasaan kecewa kepada kita tapi itulah hebatnya kaum hawa ini kerana walaupun mereka disakiti, mereka tetap bersabar dan menerima kita seadanya. Itulah hebatnya seorang wanita.
Ayuh, sama-sama ana menasihati diri ana juga, kita cuba menjadi yang terbaik buat isteri kita. Menjadi tempat mereka mengadu nasib. Menjadi tempat mereka meluahkan permasalahan. Menjadi tempat untuk menenangkan hati mereka yang tengah lara. Luangkanlah masa bersama sidia agar sidia mengecapi rasa kebahagiaan saat bersama kita.

652 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “Maafkan Aku… Buat Kau Menangis Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.