LIGA HOKI DUNIA | MALAYSIA BENAM PERANCIS

Malaysia berjaya membenam pasukan Perancis di dalam perlawanan klasifikasi tempat ke 5/8 apabila berjaya mencatat kemenangan besar 4-1. 
Pasukan Kebangsaan Malaysia berjaya menghidupkan kembali peluang untuk beraksi di Sukan Olimpik Rio andai berjaya mengatasi pasukan Ireland bagi kedudukan ke 5/6 nanti.
Pasukan yang diberikan jolokan The Speedy tiger itu bagaimana pun dikejutkan oleh Perancis yang berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu apabila Jean-Laurent Kieffer berjaya menampan kemas hantaran Hugo Genestet pada minit ke 18.
Malaysia berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila Muhammad Haziq Samsul berjaya menjaringkan gol. Malaysia terus melebarkan jaringan pada minit ke 37 melalui Meor Muhammad Azuan Hassan. Gol ketiga the speedy tigers dijaringkan oleh penyerang sensasi kebangsaan Faizal Saari sebelum Razie Rahim melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia ke atas pasukan ranking ke 18 dunia tersebut menerusi penalti stroke 3 minit sebelum tamat perlawanan.
Sekiranya Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Ireland yang mengejutkan pasukan ke 10 dunia, Pakistan. Malaysia berpeluang berada di antara pasukan simpanan ke Sukan Olimpik Rio bersama-sama pasukan Kanada dan Sepanyol namun bergantung kepada keputusan perlawanan antara benua 5 bulan akan datang.

359 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “LIGA HOKI DUNIA | MALAYSIA BENAM PERANCIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.