KELAHIRAN YANG DINANTI

Pelbagai cabaran dan ujian yang terpaksa zaujah ana tempuhi sebelum dan saat keluarnya zuriat pertama kami. Daripada hari isnin, putera kami langsung tidak bergerak yang memaksa zaujah ditahan wad. Pada keesokan harinya zaujah diberikan induce kerana keadaan kandungan yang tidak mengizinkan masa itu.
Muka zaujah yang menahan sakit hanya dia dan wanita yang pernah bersalin sahaja yang tahu. Sampai demam zaujah dibuatnya. Zaujah telah dimasukkan ke dalam dewan bersalin pada pukul 09:15 pagi pada hari rabu. Tunggu punya tunggu putera kami masih tak nak keluar lagi.
Pada jam 06:00 petang ana telah dipanggil masuk ke dalam wad bersalin kerana ada tanda-tanda isteri akan bersalin. Berada di sebelahnya memberikan semangat sambil bersama-sama berkongsi kesakitan yang dialami. Selepas sejam baby masih lagi tak nak keluar.
Kelahiran yang dinanti, doktor telah menyuruh ana keluar kerana doktor terpaksa mengeluarkan baby secara vacum, baru sahaja ana berjalan keluar tepat jam 0700malam zaujah telah selamat melahirkan putera sulung yang telah lama kami nantikan.

613 total views, 3 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

2 thoughts on “KELAHIRAN YANG DINANTI

  • 18/07/2015 at 12:44 AM
    Permalink

    Kelahiaran bayi yang dikandung adalah sesuatu yang amat kita nanti-nantikan. masih teringat ketika kandungan yang pertama, tiba-tiba ada spotting. kelam kabut hubby pecut motor dari tempat kerja dan pecut bawak ke hospital. Tapi yang pasti, semua itu menguatkan lagi kasih sayang kami dan terhadap anak yang dikandung. Apapun, senantiasa berdoa pada Allah kerana Dia yang menentukan segala-galanya…

    Reply
  • 26/07/2015 at 10:05 AM
    Permalink

    sakit nak bersalin mmg wanita yang pernah nak bersalin aje rasakan sakitnya. Biar pun sakit yg berbeza sakitnya memang saaaaaaangat sakit. Sebab tu la bila wanita bersalin dia pun seperti bayi yang baru dilahirkan tanpa secalit dosa. bertuahnya menjadi seorang wanita zarin…hargailah isteri zarin.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.