Dia Yang Terbaik Buatku

Dia Yang Terbaik Buatku

Adakah dia terbaik buatku? Mengapakah Allah pilih dia untuk dijadikan srikandi dunia dan InsyaAllah bakal bidadariku di syurga kelak. Walllahualam. Jodoh, ajal dan pertemuan adalah milik Allah. Andai ku rasa dia bukan terbaik untukku, mengapakah Allah satukan hatinya dengan hatiku.
Dia Yang Terbaik Buatku. Semakin hari semakin cinta dan sayangnya aku kepadanya. Semakin hari semakin mekar cinta kami berdua, kerana dia adalah yang terbaik untukku. Dia begitu menyenangkan hati yang penuh dengan keluh resah. Hadirnya saat aku perlukan insan untuk menjadi kuat dalam menghadapi segalanya.
Terima kasih Allah kerana temukan aku dengannya. Bersama mencari redhaMu dalam dunia yang hanya pinjaman yang akan dikembalikan kepadaMu. Terima kasih Allah kerana memberikan si dia sebagai pinjaman yang paling berharga dalam hidupku ini. Akan aku jaga amanah yang diberikan olehMu ini agar si dia menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat kelak.

Terima kasih Allah, kerana kini ku yakin dan bertambah yakin bahawa dialah yang terbaik untukku. Bukan aku tak yakin sebelum ini tetapi disaat ini aku lebih menyakininya.

735 total views, 3 views today

3 Replies to “Dia Yang Terbaik Buatku”

  1. bersabar dan tabah ye rin. Yakini Allah. Ada sesuatu yang kita tak tahu di sebaliknya. Insya allah lepas ni Dia akan beri yang lebih baik. Banyakkan bersabar dan berdoa. Be Strong…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This