#CABARAN20HARI | TETAMU RAYA YANG PALING DITUNGGU-TUNGGU

#cabaran20hari meneruskan lagi jelajahnya di blog ana nie. Dan kali ini tasknya adalah mengenai Tetamu Raya Yang Paling Ditunggu-tunggu. Kalau masa kanak-kanak dulu ada lah insan-insan yang ana pasti akan tunggu di hari lebaran.
Semasa kanak-kanak yang paling menyeronokan apabila pak cik dan mak cik serta anak beranak datang ke rumah untuk beraya. Masa tu, bukan fikir apa pun yang ana fikir nak bermain je dengan sepupu ana yang jarang sekali berjumpa.
Selain bermain ngan dieorang, sebab utama ana tunggu dieorang di depan pintu rumah ana kerana nak dapat duit raya. Kebiasaannya mak cik dan pak cik ana akan memberikan duit raya yang banyak. Kadang-kadang tu duit raya yang ana terima daripada dieorang je dekat RM100. Itu sebablah setiap kali raya ana pasti akan menantikan kehadiran mereka.

452 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

3 thoughts on “#CABARAN20HARI | TETAMU RAYA YANG PALING DITUNGGU-TUNGGU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.