#CABARAN20HARI | PENGALAMAN PAHIT DI BULAN RAMADAN

#CABARAN20HARI | PENGALAMAN PAHIT DI BULAN RAMADAN

#Cabaran20hari diteruskan lagi dengan task 5 mengenai Pengalaman Pahit Di Bulan Ramadan. Apabila berbicara tentang pengalaman pahit nie memang ana akan ingat selama-lamanya dan ana rasa bukan ana seorang sahaja yang akan mengingatinya tetapi ada seorang insan yang sentiasa mengingatinya iaitu ibu ana sendiri, boleh dikatakan sampai trauma ibu ana dibuatnya.

Pengalaman ini berlaku ketika ana berusia 15 tahun kalau tak silap analah, tapi yang pastinya ketika itu ana masih lagi berada dibangku sekolah menengah lagi. Pengalaman ini berlaku betul-Betul tinggal 3 hari lagi sebelum tibanya hari raya aidilfitri.

Pengalaman ana itu ialah ana dan ibu ana terlibat kemalangan jalanraya, kejadian itu berlaku semasa ana dan ibu ana menunggang motorsikal untuk ke pekan bagi membeli barang keperluan bagi melangsungkan majlis baca Yassin di rumah ana. Disebabkan kemalangan itu, ana dipanggil Angelina Jolie lelaki kerana bibir ana menjadi bengkak dan tebal seperti selebriti antarabangsa tu.

Disebabkan kemalangan itu, ibu ana dah tak berani lagi nak menaiki motorsikal dengan ana lagi kerana setiap kali nak naik motor dengan ana, pasti ibu ana akan mengenangkan peristiwa yang pernah berlaku pada kitaorang. Senang cerita ini bukan pengalaman pahit ana seorang tetapi dikongsi bersama insan tercinta.




481 total views, 4 views today

2 Replies to “#CABARAN20HARI | PENGALAMAN PAHIT DI BULAN RAMADAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Pin It on Pinterest

Share This