#Cabaran20hari | BAJET RAYA

Tup tap tup tap, seminggu lagi umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut hari raya Aidilfitri. Jadi apabila sebut pasal raya je, perkara pertama terlintas di fikiran adalah bajet raya.
Kalau ikutkan tahun nie, tahun paling jimat ana kot sebabnya :

Baju Raya tak payah beli sebabnya ada baju tahun lepas masih tersimpan rapi di dalam plastik. Jadi ingat tahun nie nak rasmikan baju tu dulu lah…
Balik kampung tahun nie tak balik kampung, sebab tahun nie raya kat belah isteri, isteri pula dekat area selangor je jadi tak balik kampunglah jawabnya. Lebih-lebih lagi dia tengah sarat mengandung. Tunggu masa je entah raya atau tak?
Kuih raya yang nie beli siap tapi tak adalah beli banyak sangat pun sebab macam tahun-tahun yang sudah kebanyakan yang datang beraya tak makan pun kuih-kuih raya nie.
Duit Raya yang nie ana dah tukar siap-siap dah duit raya dan dekat RM500 ngak ana tukar. Jadi sapa cepat dia dapat.hehe
Itulah jela bajet raya ana tahun ini, sebenarnya ana tak banyak sangat fikir pasal raya memandangkan keadaan isteri ana sekarang.

868 total views, 2 views today

anazarin

Seorang yang humble..masih newbie dalam arena blog...

4 thoughts on “#Cabaran20hari | BAJET RAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.